Punca


Saya sakit kepala hari ini. MC pun ya juga. Tapi bukan itu puncanya. Saya terlalu beri muka kepada si kecil agaknya. Si kecil bercerita yang akhirnya saya tak tahu, ini dari kisah benarkah atau semata mata dari landas kreativiti.

Ataupun, saya cuma tersangat lapar. Gas terhasil akibat ketiadaan makanan dalam perut, atau bahasa mudahnya 'angin'. Dari perut, angin merebak berjalaran di belakang badan, naik ke tengkuk seterusnya ke kepala.

Ataupun saya cuma sakit gigi. Stres memikirkan bil gigi nak sebatang kosnya hampir mencecah Rm 80. Bukan sedikit gigi yang mahu ditampal. Berjangkit jangkit sampai sakit kepala.

Aduan saya tak ketahuan puncanya.

Lesu


Cuaca cerah hari ini.  Saya sekeluarga bercadang makan kacang pol. Menempuh carbon monoxide sepanjang perjalanan bagi sang anak, memang tak selesa. "Mujur ada kereta," bisik saya, syukur.

Sebenarnya saya sekeluarga sudah meninjau ke warung berkenaan tempohari. Tutup. Tapi sebagai langkah yang sopan, tuan punya warung ada menyangkutkan jadual operasi. "Baiklah, mudah juga dengan jadual begitu," saya sekadar menjernihkan keadaan.

Tetapi hendak dikatakan cerita, deja vu pula nampak nampaknya. Haih. Saya sekeluarga terus menyinggah ke warung lain.

Sesi memujuk hati diteruskan dengan aktiviti meronda pasaraya dan kedai buku, semestinya :-).

Saya tiba tiba teringat ingat pesta buku indie di warung buku. Baiklah, saya tak mahu berbelanja di kedai buku, saya sudah tetapkan fikiran. Saya perhati semula lokasinya.

Saya tarik nafas panjang.

Sayangnya, saya berharap sangat dapat ke warung buku. Tapi apakan daya, sesak lokasi pilihannya! Hampir sejam saya mencari cari parkir. Lokasi tumpuan pelancong, saya seakan berharap bulan jatuh ke riba.

Lesu hati saya.

Selam


Hanyut berpaut di ambang maut

Percikan air tersimbah ke pipi

Harta benda segala berkunci rapi

Kemas duduk ia di dasar yang paling dalam

Aku tekad untuk selam

Rampas? Oh, beroleh semula

Hak yang tidak pernah aku guna