Makan

Apakah yang remeh temeh tetapi menjadi perbualan dan amalan harian buat teman-teman dan tak lupa juga err, saya sendiri?

Jawapannya: makan.

Tabiat ini tidaklah selesai hanya dengan berpuasa, oh tidak. Saya rasa menahan diri sepanjang hari adalah suatu kejayaan yang baik, apabila diteruskan semasa sesi membeli santapan berbuka puasa. Mungkin sebahagian objektif puasa hari itu selesai begitu saja. Kelihatan masing-masing study puasa hanya untuk lulus exam salah satu rukun. Apa halnya pun, makan adalah perkara rutin bagi saya.

Menjadi tabiat teman-teman untuk berfikir apa dan di mana perlu makan. Setiap hari. Syukurlah saya tidak sekronik itu. Saya hanya perlu fikir, "mesti habiskan makan.. mesti.. mesti.. saya yakin boleh."

Kemeriahan makanan di dalam hidup saya!